08 December 2012

EMPAT KUNCI KEGEMBIRAAN

Salam semua.. apa khabar.. yong baru je usha-usha facebook tad..tengok update dari kawan-kawan..dan tadi ada yong baca satu post di wall FB kawan yong.. selesai membaca post tersebut..hati yong terdetik.. terus rasa nak menangis T__T

Bukan sedih.. tapi rasa terharu.. post yang berkaitan tentang kehidupan dan yong terus berfikir panjang.. Dengan kerja yang yong buat sekarang..seriously bukan kerana minat.. tapi kerana tanggungjawab yong kepada family dan diri sendiri..

Target yong sekarang memang nak cari duit yang banyak, harta untuk adik-adik dan dan anak cucu nanti serta beri kebahagiaan kepada family.. tanpa duit, kehidupan memang bermasalah dan jadi kurang bahagia..

Pada tahun ini, Alhamdulillah 70% azam yong tercapai.. insyaAllah yong akan tanam azam baru dan selesaikan azam yang tak tercapai pada tahun 2013.. new year! new me! :)

Hati yong paling terkesan bila baca hadith di bawah...

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:" :Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!"

Riwayat Ibnu Hibban




Huraian
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu: 


a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.


ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Sumber- here



Dari kereta kancil now yong dah bertukar ke kereta Myvi.. insyaAllah next year bertukar ke kereta BMW pula.. amin...amin.. amin!!!



phone : 0137049413
email: alinacshoppe@gmail.com


No comments:

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...