28 August 2013

APABILA PERLU BUAT PILIHAN

RE-POST ENTRI

Setiap orang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.Cara hidup juga berbeza. Namun siapa kita, kita sendiri yang tentukan.Burukkah kita? Baikkah kita? semua itu dapat dilihat dari kelakuan, tindakan dan sikap kita.. kita yang buat pilihan..

Berbicara tentang pilihan, yong masih ingat lagi ketika yong di awal remaja (sekarang pon tak da la tua sangat hehe :P) banyak perkara BESAR yang yong perlu pilih untuk kehidupan yong. Agak sukar tapi Alhamdulillah yong dapat laluinya dengan baik. Galakan dan sokongan dari family banyak membantu tapi 90% pilihan datang dari gerak hati. Yong akui, bukan senang nak jalani hidup tanpa seorang IBU.. Serius yong rasa cemburu bila kawan-kawan yang sangat rapat dengan ibu mereka. dah macam best friend kan? dapat share masalah dah kegembiraan :) tapi takpa..yong pon happy sebab masih ada TOK yang yong sangat sayang.. tok jaga yong dengan baik sekali selepas ketiadaan Arwah Mama..Alhamdulillah~ bersyukur sangat! ( sebak dah ni T__T )

Pada awal tahun 2009, yong berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah politeknik di negeri  Perak.. Pada mulanya yong berfikir, perlu ke nak sambung pelajaran lagi? yong taknak susahkan ahli keluarga sebab masa tu yong rasa tak mampu nak sambung belajar tapi alhamdulillah selepas dapat pertolongan dari ahli keluarga, yong berjaya jugak mendaftarkan diri.. 

memori dengan housemate dulu :) rindu kat kak ila, yati dan ifa.


Dalam 2 minggu selepas yong daftar masuk belajar, yong mengalami masalah dan perlu BUAT PILIHAN.. samaada nak sambung belajar atau BERHENTI dan sambung bekerja di tempat asal.. yong ambil keputusan untuk berhenti genap sebulan yong belajar di Perak.. perasaan masa tu memang sangat sedih tak tahu nak ungkapkan.. ye lah, dah elok belajar tapi kena berhenti..kalo takda perasaan memang la tak sedih kan? 


ni masa beberapa hari sebelum berhenti belajar..geng kelas yong dulu.. semua dah bina kerjaya masing-masing dah sekarang.. Alhamdulillah :)

Selepas berhenti belajar, yong mulakan kerja seperti biasa..hari-hari buat kerja yang sama. jer.Tapi yong muda lagi kan..yong pun mahukan kehidupan yang lebih berbeza dan terjamin.. yong selalu berfikir, "sampai bila yong nak jadi macam ni". mesti kena lakukan sesuatu untuk berubah.yong pernah berfikir nak buat kerja part time.tak kisah lah kerja apa pon.. "kerja cuci pinggan kat kedai makan pon takpe". haa, sampai macam tu sekali.. dulu yong memang letakkan 100% masa depan yong untuk orang lain aturkan.. yong tak pandai nak berangan untuk lebih maju ke depan..berangan sket-sket tu biasa la..yang yong rasa logik dek akal je la..tapi berangan tetap berangan..kalo takda usaha ke arah itu, angan-angan yang ada ni ibarat angan-angan mat jenin la kan?

Bersyukurnya yong dipertemukan dengan kehidupan baru pada pertengahan tahun lepas, sekurang-kurangnya angan-angan yang ada dibantu untuk direalisasikan.. dan pilihan yang yong perlu buat memang 100% datang dari hati yong sendiri..yong yang buat pilihan dan yong sendiri akan tanggung risiko nya.. demi naikkan taraf kehidupan diri sendiri..yong merelakan diri untuk belajar bisnes yang yong buat sekarang ni..actually yong masa sekolah dulu belajar dalam kejuruteraan awam, then sambung belajar dalam kursus senibina. kerja pula dalam bahagian kecantikan and now I am totally a BUSINESSWOMAN! yay! :D

Masa berlalu pergi, yong selalu berfikir jika yong tak buat pilihan untuk ubah kehidupan yong, yong masih lagi berada di tahap dahulu. gaji yang ada hanya cukup-cukup makan je..nak buat simpanan memang jauh menyimpang. nak bagi duit kat family pun sekejap je boleh bagi, nanti time poket kering yong pinjam semula. sadis kan? kalau boleh yong taknak dah jadi macam tu..InsyaAllah yong akan tingkatkan lagi kehidupan yong agar rezeki yang ada dapat dikongsi dengan ramai orang lagi bukan setakat untuk ahli keluarga sahaja.. yong pernah dengar kata-kata yang berbunyi begini..

"Kalau mereka buat perkara yang sama seperti orang biasa, mereka tak mungkin jadi juara, Kalau mereka nak jadi juara, mereka mesti lakukan perkara yang luar biasa, Pengorbanan itu sangat penting kalau mahu berjaya " 

So mulai sekarang, jom kita mula buat pilihan.. Ubah taraf kehidupan kita dari biasa-biasa ke arah yang lebih luar biasa.. buat perkara yang orang biasa jarang buat..InsyaAllah kita pon akan dapat hasil yang luar biasa..


Akhir kata, yong bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada yong.. Biarpun perit nak lalui masa lalu tapi InsyaAllah ada sinar menanti kita di hadapan..teruskan melangkah hingga kehujung.. seribu langkah dimulai dengan langkah pertama!





YOUR DREAMS WILL NEVER COME TRUE IF YOU DON'T CHASE THEM
TAKE A CHALLENGE FOR A BETTER LIFE
START YOUR BEAUTIFUL JOURNEY WITH ME


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614
ainzulkarnaind@gmail.com


1 comment:

tiefazatie said...

wah..cun ah yong!
btol2..kte kena usaha utk dptkn apa yg kte nak kan2..=)

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...