01 October 2013

CAR FUND ACHIEVER | 13 SEPTEMBER 2013


Assalamualaikum semua.. bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kepada kita.. pada 13 September yang lepas, telah diadakan GLAM AWARD untuk meraikan usahawan-usahawan GLAM.. yong rasa sangat gembira kerana menjadi salah seorang penerima anugerah. Pada malam tersebut yong diraikan sebagai CAR FUND ACHIEVER.. teruja nak terima award dari my mentor.. penat lelah yang diharungi selama ini dirasa berbaloi sangat.. 


Seronoknya bila buat business ni, kita sentiasa diraikan.. Bukan je dari company tapi dari GLAM juga.. best kan?? buat business bukan je dapat income tapi dapat reward from mentor. lagi lah rasa nak buat business makin menjadi-jadi..


taraaa! dapat Wristlet Coach u all :) happy sangat.. yong sangat hargai setiap hadiah dari mentor.. sayang all my sifu! lepas ni wajib turunkan ilmu kepada rakan kongsi pula. Biar semua pun dapat rasa apa yang yong dapat..



tak lupa yong nak ucapkan terima kasih kepada my lovely Mentor, Shaliza Aziz yang sanggup bersusah payah dengan yong di saat susah dan senang. Kak ija bantu yong dari dulu sampai sekarang. Dari tak tahu apa-apa now dah berjaya naik ke pangkat Double Diamond Manager.Yong tak sabar nak jadi macam kak ija. Income gemok 5 angka sebulan, mempunyai kereta mewah dan biz partner yang ramai dan komited. Semoga yong berjaya follow kak ija rapat-rapat..Doakan yong berjaya juga ya kak ija.. terima kasih atas segala tunjuk ajar kak ija kepada yong..





saat terima anugerah, terkejut yong bila melihat rakan kongsi yong, Ramizah dan Fatin hadir dari Kedah tanpa pengetahuan yong untuk sama-sama meraikan saat-saat manis malam itu .. menitik air mata terharu.. terima kasih Ya Allah kerana memberikan rakan kongsi yang sangat menyentuh jiwa dan menjaga perasaanku.. semoga Allah melimpahkan rezeki buat mereka.. amin..


juga jutaan terima kasih kepada team The Diamond Circle kerana hadir berikan sokongan..Semoga pencapaian yang yong terima dapat berikan inspirasi kepada kalian juga..sama-sama merasa manisnya bila buat business bersama-sama...


Tahniah kepada yang terima anugerah juga pada malam tersebut.. semoga kita semua lebih berjaya di masa akan datang.. GLAM boleh!! SAYA boleh!!! Anda Pasti BOLEH!!!

Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


3 comments:

Syuhada Salleh said...

tahniah yong..syu tumpang gembira jgk..

Myra Jay said...

Tahniah Yong..
Usaha Yong tanpa jemu membuahkan hasil kini :D

Kancil 8349 said...

tahniah

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...