05 March 2014

GOLD COAST AUSTRALIA TRIP 2014 | DAY 2

Now kita beralih ke hari kedua pula ya.. Alhamdulillah kami The Diamond Circle selamat tiba di Lapangan terbang antarabangsa Brisbane. Lihatlah muka kegembiraan kami setelah sampai disana.. Excited dah nak berjalan-jalan ni tau :)






Masuk je ke dalam bus terus diberi air. Jika di Malaysia kita minum air mineral tapi di sana kita panggil Spring Water. 



 


selfie tu wajib la kan? heee dapat topi juga time tu.. since tengah musim panas ni kan.. memang kena pakai topi kalau tak mau demam juga rasanya :)





tempat pertama yang kami lawati iaitu  Paradise Country Farm. wah! sangat excited nak tengok ladang yang ada kambing biri-biri, nak ambil gambar dengan koala dan kangaroo.  teruja habis tau. Walaupun takut juga nak dekat dengan haiwan tapi ku gagahi jua :P







Sampai je Paradise Country Farm, kami diberi kupon makan. bab makan memang best! makanan fresh sangat.. kami diberi pilihan nak makan ayam, daging atau ikan. yong dah tentu pilih ayam.





so nampak tak? ayam fresh tu. sekali dengan sayur. nak makan banyak mana pun boleh.. sekali tengok pinggan ni dah macam kebulur sangat. banyak dedaunan dah macam makanan kambing pula haha :p




kentang rebus kot ni. makan dengan sos dia.. juga ada pasta dan roti.. semuanya sedap belaka.. puas hati makan kat situ.. sampai sekarang teringat-teringat dedaunan itu haha





our team, The Diamond Circle.. bab makan memang no 1 oke.. yummy!




lepas makan snap lagi picture.. test guna monopod pula.. LOL





dah siap makan masa untuk round farm and tengok apa yang menarik. ada beberapa activities juga disini.. enjoy!









time ni dapatlah kami tengok kambing biri-biri yang gemuk-gemuk belaka.. siap ada acara cukur bulu biri-biri.. wah lebat betul kan? first time tengok depan mata sendiri. sebelum ni tengok dalam televisyen aja.  ada beberapa jenis kambing biri-biri ni tau.. tapi selama ni tahu 1 jenis jerk :p









haaa masa untuk ambik gambar dengan Koala...mak oi seram juga ni.. disebabkan yong tak berani pegang haiwan hidup, maka Fatin jela dukung Koala itu.. kalo yong dukung kang pengsan pula nanti yong.. teruk betul kan..






amik gambar dengan kangaroo pun jauh-jauh..bukan apa..dah la takut nak pegang, takut juga tetiba dia kick yong ke. naya nanti.. so far dia oke je la masa tu hehe







ni pose wajib amik time travel #followmeto Paradise Country Farm nama pose ni okeh?! 

:p















sempat minum teh dan makan kek kat situ. FREE je ye.harus la cuba






dah puas melawat Paradise Country Farm., now masa untuk pulang ke hotel. Rest kejap sebelum keluar menikmati makan malam..




inilah hotel yang kami menginap selama tinggal di Suffer Paradise.




HIGHLY RECOMMENDED!!



bilik yong and Fatin. masuk je tak sempat 5 minit, habis selerak bilik ni.. yong memang terer bab sepahkan bilik.. tak percaya? tanya Fatin.. LOL :P

apa pun hotel ni memang best sebab

-selesa
-dekat dengan pantai
-makanan sedap
-tido lena betul
-ada balkoni.boleh tengok laut u olz
-kedai cenderamata dan serbaneka pun dekat

 
  • Outrigger Surfers Paradise
  • 22 View Avenue
  • Surfers Paradise, QLD 4217
  • Driving Directions
  • Ph: +61 7 5579 1000
  • Fax: +61 7 5592 2908



ok dalam pukul 6 petang macam tu. kami dah ready untuk dinner.. lapar dah ni sebab tadi lunch awal juga kan. so dah petang tak sabar nak tengok apakah makan yang disediakan..


di sepanjang perjalanan nak ke restoran. Nampaknya jalan raya dalam construction. cantikkan jalan mungkin sempena Sukan Komanvel pada tahun 2018 nanti.





malam tu aktiviti bebas maka haruslah shopping baju Hard Rock kan. dah jadi kebiasaan yong beli baju Hard Rock setiap kali travel...lagi pula ramai kawan yang order. tapi yang tak menjadi kebiasaan ialah satu benda baru iaitu pins Hard Rock..insyaAllah yong akan buat new entri about that thing. sangat menarik! 




taraaa! makanan malam buat kami. ada beberapa lauk lagi rasanya..tapi ini je sempat snap.. maklumlah lapar kan. makan terus sampai lupa snap gambar.. apa yang best bila datang trip dengan company ialah bab makan juga disediakan sempurna. Pemilihan tempat makan pun berkualiti dan makan pun mewah.. alhamdulillah :)








Hard Rock Cafe Suffer Paradise! yay berjaya sampai :)











hari pertama je dah shopping banyak baju Hard Rock Cafe





untung malam pertama kami sampai tu ada Night Market di tepi pantai.. special betul pasar malam disini setiap gerai jual barangan yang berlainan.. kebanyakkannya ialah cenderamata.. sangat menarik..tapi kan, bila tak cukup duit usah risau..boleh je swipe guna kad kredit uolz :) curlas gitu shopping disini.. harus datang lagi ni heeee



ok.. setakat tu je update di hari kedua.. to be continue


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com



No comments:

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...