05 May 2014

APRIL 2014 SERIBU ERTI

Wink! Wink!

Assalamualaikum..

Happy nak share cerita tentang Bulan April yang Awesome. Kepada Glampreneurs pula, larian kita untuk Projek Shanghai sudah ke penghujung.. Alhamdulillah untuk semua pencapaian anda. This month kita tingkatkan lagi prestasi ya :)

Today yong nak cerita tentang beberapa perkara yang berlaku terhadap diri yong sejak bulan April.. ada yang agak biasa dan ada yang agak luar biasa bagi yong..hehe so kita mulakan dengan perkara pertama

JOGGING
buat pengetahuan semua, yong ni sangat TAK SUKA bersenam. ada je alasan bila ajak pergi bersenam. jogging pun liat, nak ke gym apatah lagi. seram macam nampak kucing je perasaan itu.. tapi entah kenapa start awal bulan April yang lepas, yong dah mula ke taman rekreasi. hehe satu perkara yang bagus la kan? tiada sapa suruh bersukan pun. Yong yang "sedar" sendiri.. bila tengok keadaan tok yang sekarang tak sihat menguatkan semangat yong untuk jaga pemakanan dan perlu bersukan untuk jaga kesihatan.



SUSHI DAN UDON
omg! since dapat kawan dan ada geng suka makan sushi ni, perasan dan nafsu untuk makan sushi membuak-buak.. over tak? tambah sekarang suka makan Udon. sejenis mee Jepun.bentuk gemok-gemok macam laksa tapi bukan laksa.. makan bersama soup. fuh! sedapnya.. anyone nak p makan Sushi boleh la ajak yong sama k next time :)






BANGUN AWAL DAN KURANG BUANG MASA
Ini sebenarnya berkaitan dengan jogging juga. bangun awal sebab ready nak pergi jogging, lepas balik jogging banyak kerja boleh settle dengan cepat. Berbanding dulu asyik tido je. kalau tak tido masa di isi dengan makan.. haha


KASUT SUKAN BARU
Sebelum ni yong dah lama takda kasut sukan. kali terakhir maybe semasa belajar dulu kot.. dah 6 tahun habis belajar kolej.. maka memang lama la kan? buat apa nak beli kasut suka kalau tak pergi sukan. betul tak? so untuk kali pertama pergi jogging yong hanya pinjam kasut my auntie jerk. nasib lah sama size.. beberapa hari lepas tu baru yong dapatkan my own sport shoes.. hope lepas ni dapat beli kasut yang lebih cantik lagi and ofcourse selesa untuk bersukan.. ye tak?




BERAKHIRNYA LARIAN UNTUK PROJEK SHANGHAI
Seperti yang sedia maklum, larian untuk Projek Shanghai sudah berakhir pada 30 April yang lepas. Tahniah kepada yang berjaya dan semoga next Pakej kita dapat lakukan dengan lebih baik lagi. Tak sabar nak ke Shanghai ni. InsyaAllah ini percutian percuma yong untuk kali ke-6. Alhamdulillah sangat dipertemukan dengan business GLAM.



GATHERING BERSAMA HRC GENG 
Ini part paling best.. yong sangat excited bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang punyai sama minat mengumpil Hard Rock Cafe Pins. yong kira newbie lagi sebab baru kumpul beberapa je pins.. mereka ni kita otai dah hehe.. anda boleh klik sini dan sini untuk baca kisah yang sebelum ni.




haa amacam? menarik tak? kisah anda pula bagaimana? boleh share dengan yong.. semoga Bulan Mei akan beri seribu erti dan kebahagian kepada kita semua ya.. amin.



No comments:

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...