30 May 2014

TIP JOGGING

Semalam yong dah share tentang kebaikan jogging. today nak sambung sedikit lagi tentang Tips jogging ye. jika nak baca entri sebelum ni just klik disini.


Nak jogging pun kena ada tips juga.. ye la kan.. macam yong ni berapa tahun sekali baru p jogging.. otot semua dah keras dah.. tetiba p jogging mau terkejut dia.. sekali kena p jumpa doctor baru elok haha..

oke pertama sekali...

1. Kalau baru nak start jogging (dah bertahun tak jogging ke kan macam yong), sila jogging sikit-sikit je dulu.. dalam 10-15 minit pun dah cukup. Jangan over sangat nanti pitam atau sakit kaki tu haa.. kejung kang kat situ haha


2. Jangan lupa warm-up sebelum jogging! Sangat penting tu.. Kalau tak nanti otot-otot dalam badan terkejut. mula la sakit lutut la, betis la.. dan confirm lepas tu kena p klinik. selagi tak jumpa doctor selagi tu la dok sakit tau.. ikut pengalaman yong ler nih 


3. Bila dah beberapa hari jogging, jangan guna laluan yang sama Cuba tukar - tukar sket.. Bila dah bertukar tu, takdelah kita rasa boring.. setakat ni yong dah pergi jogging di 3 taman yang berbeza. Setakat ni taman yang ketiga tu paling sesuai dengan jiwa hehe 


4. Sila pastikan anda makan ringan-ringan sebelum berjogging, paling bagus 2 jam sebelum ok? atau minum je Mineral Coffee. lepas tu confirm cergas sampai tengahari. terbaik!


5. Bawa kawan bersama kalo nak lebih semangat, ada teman jogging sesama happy sikit kan.. kalau tak kejap je nak ajak balik dah.. kalau jogging dengan buah hati lagi elok.. makin hari makin bahagia (ini dah mengarut.abaikan)




oke tu je tips kesihatan hari ni.. terima kasih kerana membaca ya :)

No comments:

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...