17 November 2014

THE POWER OF DREAMS




Esok pagi hari yang special buat yong. ada satu perkara penting yang yong perlu siapkan :) sangat excited. rasa macam tak boleh tidur.tapi esok ekna bangun awal pagi.. So wajib dah tido awal sekarang ni..and suddenly teringat, 3 years ago.. when yong start buat business GLAM ni.. yong selalu ke KL dengan menaiki bus. boleh dikatakan hampir setiap minggu yong ke KL untuk hadiri class business. Masa tu tak peduli apa pun. Janji sampai KL then boleh belajar ilmu baru.Itu tahun 2011. naif lagi time nih hehe


Selalu sangat naik bus, sampai satu masa selain dari pergi class permintaan untuk peluang business dan produk makin bertambah. Jika naik bus, yong agak susah untuk bawa tools business atau bawa produk juga sukar nak ke sana sini if ada client nak jumpa.. So yong decide untuk bawa kereta kancil kepunyaan family untuk ke KL pada tahun 2012. Bayangkan kereta comelku itu dengan gear manual. Kalau sampai ke KL time petang memang join la "jem", bawa kereta sampai lenguh kakiku ini T__T. Dalam setahun juga Yong bawa kereta Kancil putih ku itu.Ada je yang terkejut sebab tak percaya kancil itu lah yang di bawa meredah 400 km.. Sampailah satu masa ada rezeki lebih yong bertukar ke kereta Myvi pula.


Alhamdulillah much better than Kancil. Myvi lebih besar kononya. TAPI lebih besar ruang kereta lebih banyak barang yong nak bawak. Sampai satu tahap kadang orang lain tak boleh nak tumpang sebab barang penuh. Satu kereta hanya dua orang je boleh masuk hehe. Apa pun Myvi silver ku ini banyak membantu. Dari Utara ke Selatan ku harungi. Pernah juga sampai ke Pantai Timur tau. Dari menyewa di Mahkota Cheras sampai la pindah ke Rawang. Bukan je jadi kereta, dah macam lori pun ada. Alhamdulillah.. khidmatmu ku sanjung tinggi. Tak lama lagi Myvi dah ada tuan baru. Harap tuan baru akan menjagamu sebaik mungkin.


This year dengan azam dari awal tahun yang masih membara. InsyaAllah ada lagi good news. Terima kasih kepada yang mendoakan dan membantu Yong selama ini. Tak sabar nak share good news dengan kalian. Yong dari kecil suka sangat berangan. Nak itu nak ini. Nak jadi princess la. nak jadi kaya lah. Nak jadi cantik lah..macam-macam. Bagus juga berangan ni kan? FREE je berangan. Kalau dulu yong tak tahu how nak reality kan my dreams tu semua BUT now yong di ajar untuk capai apa yang Yong idamkan. terima kasih kepada mentor-mentor Yong atas tunjuk ajar selama ini. Satu persatu impian Yong berjaya direalisasikan.Hope there are more coming soon.. rasa happy sangat bila impian 
kita menjadi reality kan?


Okies,I will update again soon. Stay tune and doakan untuk Yong ya. Good Night :)



No comments:

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...