07 December 2015

HOTEL JANNAH, KEPALA BATAS PULAU PINANG



Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan nak update tentang Hotel Jannah di Kepala Batas. Alhamdulillah..Yong dan suami berpeluang menginap di sini selama 1 malam sebelum balik ke Sungai Petani. Rumah Yong di Sungai Petani lebih kurang setengah jam je dari Kepala Batas ni. Saja nak dok hotel kan hehe


Rasa excited pula dapat menginap di hotel. Actually peluang ini Yong dapat sebagai hadiah kahwin juga. Terima kasih Kak Ros beri peluang menginap di Hotel Jannah. Service bagus. Bilik Hotel pun cantik..


Yong dan suami bertolak agak lewat dari Shah Alam. maka dah lewat malam baru sampai di Kepala Batas. Masuk je bilik terus nampak ada swan atas katil! wuhuu :) happy sangat. terus honeymoon mood tau!






Harga hotel ni sangat berpatutan dan dapat disewa oleh mereka dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada bergaji tinggi ataupun sederhana. Hotel Jannah ini terletak di Kepala Batas Seberang Prai yang di kelilingi dengan beberapa institusi pengajian dan hanya tiga minit sahaja dari Tol Bertam.


Hotel Jannah ni juga sangat berdekatan dengan pelbagai kedai dan restoren. Nak beli barang pun mudah. Juga berdekatan dengan Shopping Complex Sunshine. Ada cinema juga tau. boleh pergi tengok wayang sekali heeee


Nak makan juga tak susah sebab Hotel Jannah sendiri ada cafe dan bakery. Makanan yang best-best disediakan tau. boleh cuba nanti. harga pula sangat berpatutan. Murah sangat tau.




Me and husband :) 


Facebook Hotel Jannah : klik sini ~~~> Jannah Hotel 


Jika Berminat nak menginap di sini boleh la hubungi email dan no telefon di bawah


  • 51, JALAN DAGANGAN 10, PUSAT BANDAR BERTAM PERDANA, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
  • 0133988696 / 04-5770085

1 comment:

Amanda Suria said...

Memamng selalunya hotel yang areanya dekat dengan pelbagai ammenities menjadi pilihan ramai selain harga yang berpatutan kan...

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...