30 April 2016

DINNER SEAFOOD SEDAP DI SENIBONG JOHOR BAHRU

Assalamualaikum.. haaa kali ni nak cerita tentang dinner seafood di Senibong Johor Bahru.

entri sebelum ni Yong dah ceritakan tentang penginapan dan makan Kacang Pool di Restoren Kacang Pool Haji.. Entri tu u all boleh baca di sini


Siapa pernah makan di Senibong juga? Yong rasa ini baru kali ketiga Yong dinner di sini. tu pun kalau datang bersama pakngah & makngah Yong. Suka benar dorang makan di sini. Yong pun suka juga. Makanan laut disini agak fresh. Masakan pun sedap-sedap belaka.


tak pasti ni siput apa namanya. tapi rasanya sedap. masak halia ni.


ikan sweet and sour.


ketam masak telur. fuhhhh! ini memang sedap gilers.. yong paling suka lauk yang satu ni hehehe


udang masak sambal


Sotong goreng tepung rangup.



Yong tak pasti Yong ke kedai no berapa. Rasanya No 6. kalau nak ke kedai macam Yong ni boleh la tengok Tulisan KETAM tu. nampak je terus masuk okay :) confirm puas hati.

Macam mana nak ke Senibong ni? paling senang u all waze ke Senibong Seafood Village di smartphone u all tu. terus di bawa nya ke sini. atau kalau nak alamat. boleh tengok alamat dibawa okay

Kg. Senibong, Jalan Persiaran Senibong, 81750, Mukim Plentong, Johor, 81750, Malaysia

1 comment:

nuyui a.k.a miss YUI said...

SRONOK TGK SIPUT N UDANG TU KAK..HEHEH

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...