22 April 2016

KSL JB APARTMENT & KACANG POOL HAJI

Last weekend Yong dan suami ke Johor Bahru untuk TDC Training. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Risau juga sebab malam sebelum tu perut Yong agak tak selesa. Sakit je memanjang tapi sebab semangat nak juga ke class,syukur semua okay. Sampai je JB terus check-in di KSL Apartment JB. Ini kali kedua Yong ke sini. Sebelum ni pernah datang bersama Kak Ija but this time datang ramai lagi. So kami ambil dua apartment. Satu untuk Yong. Satu lagi apartment dua bilik. 


For me apartment ni sangat selesa. Luas ya amat untuk yang tinggal berdua macam Yong & suami. Yong pun bukan cerewet sangat pun bab bilik ni. Asalkan boleh tidur selesa sudah. Yang penting ada bath tab hehe.




Luas kan bilik Yong? tapi kejap je berjaya disepahkan. haha

Okay nak sambung cerita. Selain apartment ni di atas mall, apartment KSL ni juga ada menyediakan waterpark untuk pengujung tau. fuh! ini yang buat tempat ni bertambah best. Tapi Yong tak da lah mandi pun di situ. Seronok kalau bawak anak-anak nanti. 




Seronok je dorang berendam. Nampak tak baby Raziq dalam pelampung tu. terkedek-kedek kaki dia main dalam air. hehe comel sangat :)




Kat sini dorang panggil Dinasour Waterpark. So memang banyak la dinasour di keliling kolam tu.. Budak-budak memang enjoy sangat la kan







Ada banyak kolam. Pelampung pun ada. So u all boleh sewa di situ. jenis kecil ada besar pun ada.



Bergambar kenangan bersama dinasour :) besar kan?





Harga pun berpatutan untuk stay di sini. Nak main waterpark ni FREE je untuk u all yang stay di sana.. Masuk la berapa orang pun boleh tau. Di bawah ni Yong sediakan alamat KSL JB ni. 


 32, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Phone:+60 7-288 2666





Pagi esoknya, kami ke Kedai Kacang Pool Haji di Larkin. Disebabkan dah mengidam lama nak makan kacang pool original di JB ni maka kami pun datang la ke sini.. Tak jauh pun dari KSL Apartment tempat kami stay. About 2 km sahaja macam tu. Dekat sangat kan?





Yong dah lama nak makan Kacang Pool ni sebab asyik tengok di internet. Di Kedah sudah tentun takda makanan ni hehe so nak makan yang sedap kena cari tempat original dia terus. Alang-alang ke Jb maka wajib la singgah. Ini antara menu yang ada. Harga pun berpatutan.





taraa! My kacang pool. fuh heaven sungguh dapat makan tau. sempat makan ni je. kalau tahu sedap makanan kat sini nak je order makanan lain pula hihi



Sebenarnya nak order Ais Jagung tapi Yong tersilap order ABC special. tapi ni pun sedap juga u all. elok je manis dia..



Ini lontong basah namanya. menu Kak Ija. katanya sedap sangat! fuh meleleh air tengok makanan ni tau haha. next time ke JB Yong nak order menu ni



Cool sangat gambar ni! Si baby Raziq ni boleh tahan susah nak tengok kamera tau. waktu ni Abg Halim nak snap. Mata dia elok je tengok kamera. alaaa comey sangat tau Raziq ni. cubit kanggg!


Apa pun puas hati sangat dapat makan di sini. Kalau ada kawan-kawan nak pergi juga dibawah ni Yong sediakan alamat. Boleh waze nama jalan atau waze je Kacang Pool Haji. InsyaAllah sampai la ke tempat yang nak dituju.


 Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia

1 comment:

adianiez AIDA said...

Menarik pool ada dinasour.
Later bleh aida gi :-)
Kelainan hi hi mandi with the dinasours!!!
Aida ari tu ke balai bomba larkin ~ kcg pool haji juga.
Memang terbaik kan :-)

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...