04 April 2016

OSAKA, KOBE, KYOTO 2016 | KLIA - HONG KONG - KANSAI

Assalamualaikum pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog Yong ye. Buat pertama kalinya setelah sebulan lebih balik dari Japan baru kini Yong berpeluang untuk update tentang my travelog ke Jepun selama 6 hari 4 malam. 


Syukur ke hadrat Ilahi, rasanya ini kali ke 9 Yong melancong secara percuma dengan syarikat Sahajidah Hai-O Marketing. Tak pernah puas melancong secara percuma ni tau sebab semua FREE belaka. dari flight, hotel, pengangkutan semasa melancong hinggalah bab makanan setiap hari semua FREE, 5 bintang dan service yang sangat terbaik!!


So cerita kita kali ni seperti biasa kita start from KLIA la ye. Perjalanan kami bakal mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih. Flight kami ni Yong berpeluang transit di Hong Kong. Yong tak pernah lagi sampai ke Hong Kong sebelum ni maka dapat transit di airport dia je pun dah rasa seronok sangat tau :)


Perjalanan kami dari KLIA ke Hong Kong Airport bermula pada pukul 5.55 pm . Tapi sebelum ni kami dah berkumpul seawal 3 pm lagi di sana.



Muka happy + excited nak travel. Buat pengetahuan semua trip kali ni Yong travel dengan kandungan 5 Bulan. Alhamdulillah semua baik-baik aja. 



 Suami-suami yang menghantar isteri kecuali yang pegang kamera tu, DSM Ezam. Beliau turut serta dalam trip ke Jepun kali ni. My husband, Abg Halim awal lagi dah balik ke rumah. Beliau hantar sampai pintu airport sahaja hehe sampai hati kan? tapi lebih elok rasanya kalau tak karang ada yang drama air mata sebabak di airport :p







Geng travel since 2012.. muka senyum lebar je semua. 




Dalam flight dapat duduk dekat-dekat. Selesa sikit nak tidur kan? hehe So this time Yong travel menaiki flight Cathay Pacific. Alhamdulillah selesa sangat.




Sampai je airport Hong Kong semua terus On WIFI. nak check-in la kan. walaupun dah malam. mata dok celik je lagi ni. hari pertama ofcourse tak selera nak tidur lagi haha





Airport Hong Kong sangat-sangat besar dan luas. Sampai lenguh we all berjalan. Rasanya ada lebih 500 pintu untuk berlepas. Bayangkan! Kedai-kedai juga banyak. terdapat ruang surau untuk solat tapi disebabkan trip kami terlalu ramai maka tak muat semua orang nak solat dalam surau tersebut. Jadi kami solat di luar sahaja. 

Best juga airport ni, banyak kedai menarik tapi tak sempat nak jenguk semua sebab dah tutup dan masa pun tak cukup hehe



Kami sampai di Kansai Airport lebih kurang pukul 6.15 am.. 

Okay nantikan sambungan travelog ini di next entri. Tempat pertama kami pergi ialah melawat Bandar Kyoto.

Stay tune!

Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

No comments:

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...