02 August 2016

AISYAH AMANI PERMATA HATI MAMA

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan di entri yang lepas , hari ni Yong nak share kisah my princess Aisyah Amani.. Alahai sejuk hati tengok baby comel ni tau. Lupa terus sakit nak bersalin sebelum tu. hehe


Alhamdulillah. Yong selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.6 kg pada 10.08 pagi bertarikh 12 June 2016 di Hospital Pantai Sungai Petani. Yong dan suami bersetuju nak menamakan bayi kami dengan nama Aisyah Amani Binti Abdul Halim.


Mengimbau kembali saat-saat nak melahirkan Aisyah. Beberapa hari sebelum tu Yong dah turun tanda nak bersalin. Sehari sebelum tu pun ada juga ke hospital. Ingatkan dah nak bersalin tapi belum terbuka lagi jalan nye hehe maka kena la balik rumah dulu.


Awal pagi 12 June 2016. Dalam pukul 2 pagi macam tu Yong dah rasa sakit-sakit di bahagian perut. Beberapa minit sakit, lepas tu rasa okay. Then rasa sakit semula. Jadi dalam 3 pagi macam tu Yong ajak la suami terus ke hospital. Tak sabar dah ni nak jumpa baby hehe tapi masa tu bukaan baru 1 cm.


Yong berehat dulu di wad. Sempat la makan nasi kandar dulu sebungkus. Abg Halim belikan sebab pergi sahur di kedai mamak yang berhampiran. Mujur la Yong makan. Kalau tak, sure takda tenaga. Manalah tahu lepas bersalin tu tak boleh terus makan. Ini kan pengalaman pertama hehe


Dalam lingkungan 8 pagi macam tu doktor dah panggil untuk check bukaan lagi sekali. Time ni dah buka 4 cm. Masih lagi sakit kejap-kejap. So yong just get ready la kan untuk bersalin secara normal. 

Tak lama lepas tu doktor datang inform yang baby dah berak dalam perut, tali pusat ada sikit terbelit dan degupan jantung kurang cantik. Doktor tanya, nak tunggu atau terus bedah. Tak boleh tunggu lama untuk bersalin biasa. sekurangnya 6 jam lagi kalau nak tunggu bukaan sampai 10 cm.Yong minta untuk tunggu kejap. tapi tak lama pun tunggu Yong terus dibawa ke bilik bedah kerana risau baby akan lemas dalam perut.


Lebih kurang sejam lebih macam tu, lahirlah seorang bayi yang comel. Menitis air mata Yong di saat dengar suara tangisan Aisyah. Nurse bawa Aisyah kepada Yong. Sempat la Yong cium kejap walaupun masa tu antara sedar tak sedar je keadaan Yong. keluar tangisan kegembiraan sebab macam tak percaya dah ada anak sendiri. 


Yong sendiri tak jangka akan melahirkan baby secara pembedahan.Ramai betul yang tanya kenapa Yong kena bedah. kiranya emergency czer la kan?Takpalah. asalkan baby selamat. Yong tak rasa apa-apa pun masa tu. Lepas bersalin pun tak rasa sakit macam Yong dengar dari orang lain. Semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah.


Yong tinggal di hospital selama 3 hari.14 June 2016 baru keluar hospital. Nurse semua baik-baik belaka. Baby pula ada sedikit kuning tapi dah kurang setelah beberapa hari. Alhamdulillah. maka bermulalah episode berpantang esoknya tu hehe


Jom layan gambar Aisyah. makin besar dah sekarang. makin comel dan suka smile :)






Aisyah selepas dilahirkan. Maksu Huda yang tolong snap gambar ni. alahai comelnya baby mama. Tak ingat dah sakit sebelum bersalin tu lepas tengok anak hehe






Abang Halim masa tengok Aisyah. Rasa happy tengok gambar ni. Bapa dan anak perempuannya. Kerap kali Yong tanya "apa perasaan abg masa pertama kali tengok Aisyah?" 


dah jawab pun, Yong masih bertanya soalan yang sama :p









Abah happy dapat cucu pertama. Hari-hari mai melawat cucu. Sayang cucu tokwan ni hehe. Maksu Huda sempat la tengok Aisyah sekejap sebelum balik KL. mujur la bersalin 12hb tu. Kalau tak, tunggu dekat raya la baru dapat jumpa baby kan Huda?






Permata hati mama. Sampai sekarang mama macam tak percaya Aisyah ni baby yang mama kandung 9 bulan. alahai.. so cute! muah ciked :D






Camera friendly. banyak gambar cantik sebab Aisyah selalu tersenyum dan suka pandang kamera.





Gaya tidur macam nenek pora. sebijik!







Masa ni baru beberapa hari lahir.. jadi baju pun semua besar-besar belaka. Rambut pun belum cukur.





antara gambar terbaru..tengok tuu. pandai betul dia senyum pandang kamera. rasanya Aisyah ni bakal kaki posing macam mama dia agaknya besar nanti. boleh geng dengan mama la yee








Alhamdulillah dah 52 hari Aisyah lahir ke dunia ni. Yong rasa sangat bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan di saat ni. Dikurniakan keluarga yang bahagia dan memahami. Sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong. Business yang makin maju. Syukur ya Allah.


Doakan ya agar Aisyah sentiasa dalam rahmat Allah, menjadi anak yang solehah, cantik dan bijak. 


Terima kasih kerana sudi membaca blog Yong. Jumpa lagi di lain entri ya.



2 comments:

nayfatimah rasyid said...

comeii nyer Aisyah

Hazwani Ameen said...

Happy birthday ecah sayang... Semoga menjadi anak yang solehah besar nanti...
Ameen

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...