19 March 2017

TIPS BAWA ANAK KE KENDURI

Mencabar betul pergi kenduri berdua saja dengan Aisyah tadi.

Memang tahu akan jadi sedikit rumit tapi tetap nak juga bawa sebab nak belajar handle situasi di kenduri hehe

So lepas ni mama tahu dah

1) mama kena pakai baju paling selesa tak ketat tak longgar just sedang-sedang untuk senang nak berjalan dan dukung baby. Tapi baju mama semua dah tak selesa and old fashion. So lets shopping new baju kurung sama color with Aisyah.

2) mama kena bawa handbag senang nak buka & tutup. Senang nak capai sapu tangan ke botol susu ke, biskut ke atau nak letak topi aisyah. Kejap dia nak pakai kejap dia lempaq tepi.. huhu 

3) masa untuk makan! Lipstick wajib pakai yang jenis tak lekat di cawan. Maklumlah karang nak kiss aisyah. Pastu nak suap makan lagi pastu nak lap bibir.. Iskk. Tadi mama hairan kenapa jari mama merah ang ang. Air kenduri color hijau, mana datang color merah ni. Padahal lupa lipstick lekat di nari masa dok makan tadi.

Mekap pula sila tengok cuaca juga. Time musim panas gini mekap light ajer sudah. Kang cair mekap. Eyeline pakai waterproof tau. Tadi tak pakai pun. Heh

4) kalau boleh makan guna sudu. Senang tak kacau nak p basuh tangan la, nak pegang aisyah time makan la. Dah la makan sambal, pastu nak suap nasi kat aisyah.. sian baby pedas. Sorry Aisyah. Makanan sedap sangat kat kenduri. Aisyah dok reyau pun mama terus menerus tambah nasi haha 

5) sebelum bertolak dari rumah tu baca doa sesiap. Doakan tempat parking dekat je dengan rumah kenduri dan urusan kita kat situ dipermudahkan.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Punya la risau nak bawa Aisyah sekali p kenduri sampaikan mama dah siap fikir strategy dari semalam. Apa pun fikir yang baik-baik. InsyaAllah yang datang pun baik-baik ajer.

Sekian nota untuk diri sendiri.

Pengalaman mama Aisyah bawa p kenduri. Lepas ni siapa jemput moh kita p lagi 

And tak pula nak ucapkan tahniah buat my friend DDM Fiza Mahazir di atas perkahwinan pada hari ini. Cantik betul Jat!


No comments:

Attention

My new contact number 016-6933614 (whatsapp/sms)
Love Travelling | Countries Visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...