01 June 2018

ANTARA ADAB-ADAB DAN TIPS BERHARI RAYA

Hi korang. Hari raya tak lama je lagi kan? Sebelum raya tu meh sini baca dulu adab-adab berhari raya. Jangan la lepas bermaaf-maafan, pastu korang p sakiti hati orang pula pastu kan. Tak elok gitu.

Let's check it out.

1. Jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya. (hari pertama syawal) 

2. Pastikan anak-anak tak ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jangan sibuk tanya org bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jangan pandai-pandai tukar channel tv rumah org. Dah diorang sefamily minat Hindustan, jangan pandai-pandai nak tukar astro ceria.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai-ramai,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak-budak jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jangan mintak password wifi rumah orang. 

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan sibuk sgt ok.

16. Jangan tinggal pampers anak dlm bilik air umah orang. Dah tuan rumah lak nak kena kutip buang. Amik buang terus dlm tong sampah...paham ke ni ?

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah org tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan tanya dari mana punca kenyataan nih... boleh? Haha




Archive

About Me